Punk,punk apa
adanya?..okay seperti yang semua membaca artikel ini aku agak pasti kamu semua
pasti mengenali akan perkataan punk ini yang dilaungkan semenjak tahun 70an
lagi sehingga sekarang..sebut sahaja atau bergaduh lah siapa saje yang jadi
pelopornya mahu dari sex pistols,the clash,ramones,crass,the
exploited,discharge,gbh dan banyak lagi yang lainnya.apa sebenarnya keunikan
ada pada punk ini yang membuatkan pemuda-pemudi menjadi gila akan ia dari benua
eropah ke amerika hinggalah ke asia. Sebelum aku meneruskan tulisan ini izinkan
aku jelaskan disini bahawa aku tidak berminat untuk membicangkan sejarah akan
muzik punk itu sendiri atau siapa yang jadi pelopornya ataupun apakah fesyen
yang harus dipakai oleh seorang yang bergelar punkers kerana aku yakin kau
semua pastilah mengerti mengapa aku jelaskan demikian kerna diabad ke 21 ini
bagi aku itu semua telah taboo dan apa yang sebenarnya yang aku hendak surahkan
disini adalah pendapat aku sendiri tentang namanya punk ini dari sudut pandang
akal aku sendiri dan jika kau tidak mahu menerima pun bagi aku itu lebih baik
kerna lebih baik kau tidak menerima sesuatu itu sebelum kaji dan siasat akan
sesuatu benda itu.
Punk Pemuda Unik Namun Kreatif mengikut istilah aku sendiri telah berjaya melekat pada jiwa dan diri aku
sejak dari dahulu lagi yang mana memang susah untuk dimengerti oleh sebahagian
yang melihat ianya hanya dari sudut fizikal fesyen atau muzikalnya
sahaja.Maksud aku disini seperti banyak yang terjadi dalam scene-scene punk
diseluruh pelusuk Negara yang mana menjadi punk hanyalah untuk mengisi masa
muda dikala belasan tahun mahupun mengikut-ikut fesyen yang dikatakan gempak
atau apa sahaja yang telah menjadi kegilaan di akhir 90 an dan awal 2000 dulu
di setaip tangga-tangga stesen bas hampir di seluruh Negara yang menjadi
fenomena anak muda dizaman itu yang mahukan kebebasan atau pun kawan/geng
cerminan daripada realiti kondisi sosial disaat itu yang memang telah menjadi
sebagai budaya yang amat kuat dikalangan anak muda remaja.Tetapi ia itu adalah sebahagian
daripada sejarah akan budaya mahupun boleh dikatakan gerakan pada scene punk
sehinggalah berkembang pada adanya zine,band malah space punk sendiri seperti
rumah api yang masih bertahan sehingga kini di kuala lumpur yang memang telah
menjadi nadi dalam banyak gig punk yang dibuat.
Sepanjang aku
melibatkan diri dalam muzik mahupun scene punk ini sendiri sebenarnya telah
banyak membuka pelbagai macam persoalan atau dogma yang menjadi dinding bagi
tiap manusia namun jika aku termenung berfikir sejenak akan idea-idea dan juga
akan falsafah akan sebalik punk itu sendiri membawa aku menyoalkan akan
keberadaan atau kewujudannya pada masa kini.Ia memang berbeza latar belakang
reality sosial pada akhir 90an dan awal 2000 dulu namun bile melihat pada
reality hari ini aku sebenarnya berfikir apa lagi yang ada nama punk itu
sendiri..ia punk punk ada apanya??..aku mengakui memang aku dulu pada awalnya
yang menjadi normal semula jadi bagi setiap remaja belasan tahun mengikuti
secara membabi buta apa saja yang diterima dan dibagi pada masa itu yang memang
lari dari norma segala macam arus perdana namun pabila sampai ketahap ini aku
berfikir apakah sebenarnya punk itu sendiri jika dikau hanya meniru bulat-bulat
segala macam yang dibagi oleh punkers,punkers di uk mahupun us sana.Aku
mengakui iya ia menjadi pengaruh bagi zaman awal perkenalan kita dengan punk
itu sendiri tetapi apakah relevannya atau kaitan lagi jika terus lagi hanya
merujuk pada mereka semua yang di eropah atau amerika saner sedangkan mereka
sendiri yang ‘mencipta’ budaya atau muzik punk itu sendiri tidak pula meniru
sesiapa bukan???...betulkan aku jika aku silap tapi cuba kau berfikir adakah
sex pistols meniru idea sesiapa?..ia sebahagian mengatakan diorang boneka
malcom mc laren tetapi aku mengatakan disini adakah malcom itu sendiri meniru
bulat2 idea daripada band tau kumpulan lain??..begitu juga halnya akan
crass..cuba kau lihat dan berfikir tentang crass adakah mereka mencipta lirik
malah lagu mereka yang bagaikan syarahan politik sahaja itu adakah tiruan atau
copy paste dari sesiapa???..tiada bukan melainkan hanya jadi mereka sendiri dan
terus berani memperkasakan diri mereka sendiri dengan muzik dan idea baru
daripada mereka sendiri..nah disinilah yang aku maksudkan menjadi diri sendiri
itu..okay aku bagi contoh kau tgk sahaja scene punk di uk dengan us..lain
bukan??..mengapa selepas eranya sex pistols,the clash timbul pulak the
exploited,discharge,gbh dank at us selepas eranya ramones,iggy pop, timbul
pulak American hardcore yang berakar umbi dari punk..nampak x disitu mereka
boleh mencipta idea baru dan gerakan baru mereka sendiri dan terus maju dengan
itu.
Kalau itu jauh ke benua lain kau lihatlah di Negara jiran sebelah kita di
Indonesia mengapa scene punk disana berjaya melahirkan band seperti marjinal,bunga
hitam,sosial sosial yang mana aku pernah ingat lagi akan kata-kata kawan aku
ini ‘marjinal ni dia macam da buat scene dye sendiri tau..scene taring babi
marjinal yang telah melampaui scene dan istilah punk itu sendiri’..mengapa kau
rasa mereka berjaya melakukan akan itu??..bagi aku kuncinya adalah mereka semua
ini yang telah mencipta idea dan gerakan baru adalah mereka semua ini berpijak
di bumi nyata berdasar pada reality sosial dimana mereka hidup..bagi pandangan
aku kalau kau terus saja membabi buta menciplak akan sesuatu bende itu kau
memang x akan ke mana..kerna orang tidak akan mahu melihat klon the exploited
atau klon sex pistols atau klon the clash atau klon discharge atau klon dri
atau klon black flag tau klon minor threat atau klon nofx atau klon rancid di
tempat mereka yang mana adalah bagi aku satu perkara yang memang bebal dan
sia-sia jika kau hanya menjadi orang lain atau berterusan mimpi mahu menjadi
seperti band tersebut..100 peratus bollocks/mengarut.
Kalau kite
berbalik pula pada zaman atau scene punk diluar Negara sana samaada di uk atau
us sana pernahkan kamu terfikir sapa sebenarnya yang memulai menamakan istilah
punk inikan..nah disinilah persoalan mengapa idea atau fesyen punk itu harus
diseragamkan atau idea yang telah ditetapkan seperti seolah-olah macam set of
answer/knowledge jawapan peperiksaan di sekolah gitu.Ada yang mengatakan kita
harus memelhara keunikan akan punk itu sendiri dengan scene-scenenya sendiri
tetapi pernah kau melihat kembali di zaman awal muculnya punk adakah mereka
mengambil idea-idea yang telah diseragamkan dan dibentuk menjadi
scene???..tidak bukan bahkan yang menjadi kelansungan terjadinya scene punk
dizaman itu adalah bagi aku tidak bukan kerana luahan cerminan reality dan
keadaaan sosia masyarakat dizaman ituyang mebuat terjadinya punk,jadi disini
kuncinya adalah bagaimana kau mampu untuk memperkasakan diri atau kolektif kau
sendiri dalam reality sosial dalam tempat kau sendiri dalam menghadapi situasi
zaman kini bukannya masih berfantasi pada zaman 80an atau 90an
sekalipun..kerana bagi pendapat aku memang benda yang sia-sia dan mengarut yang
mana kau tidak lagi berpijak pada bumi reality yang sebenar bukan..bagi aku
seseorang yang bergelar punkers itu sendiri pun patut selalu mempersoalkan juga
apa yang ada didalam scene punk didalam tempatnye sendiri juga mengapa harus
begitu mengapa harus begini didalam scenenya sendiri juga tanpa mengambil apa
sahaja bulat-bulat yang dikatakan oleh orang-orang lame atau kononya senior
dalam scene kerna once kau punk kau harulah ‘question everything’ yang
membelenggu minda supaya dapat menerima sesuati idea atau etika itu dengan
lebih bernilai atau bermakna untuk kau dan scene di tempat engkau juga.
Sebagai contoh
dalam pemerhatian aku ada juga didalam scene di Negara ini yang mengambil
sesuatu idea itu tanpa mahu mengkaji atau menyelidiki dulu tentang apa yang
dipegangnya atau dipakainya dahulu yang mana akan mengakibatkan pembawaan
kelakuan dan identity dirinya akan kontra dengan apa yang diapakai dan
dibanggakannya..semacam sesorang yang memakai patches berlambang swastika
tetapi tidak tahu akan idea dan kewujudan swastika itu sendiri tapi hanya
mengambil untuk mengabsahkan agar selari kononya dengan perjuangan kaum atau
bangsa mereka begitu juga dengan segelintir golongan yang memakai lambing anti
fasis/anti rasis tetapi tidak tahu akan makna disebalik fasis itu sendiri
sehingga sampai ke satu tahap dimana dia pula yang menjadi fasis sambil memakai
lambing antifasis..kontradiksi bukan..itulah sebahagaian kecil contoh mengapa
budaya ‘copy paste” itu amatlah harus dibuang jauh kedalam tong sampah kerna
tidak guna hanya copy paste idea itu sendiri tanpa pernah mahu memahami dahulu
akan makna dan hakikat disebalik idea itu sendiri dahulu dan macam mane pula
dengan keadaan realiti sosial ditempat kita hidup itu sendiri..niat aku disini
bukan untuk mencaci atau menghakimi sesiapa kerana aku percaya akan hak
individu manusia itu sendiri dan seperti biasa semua orang akan bermula dengan
jahil tanpa mengerti akan sesuatu tetapi cuba berfikir sejenak sampai bila kita
harusj ahil tanpa tidak pernah untuk mengerti dan ambik peduli kerana apa yang
dibawa oleh kita semua didalam scene punk atau luar scene punk pun akan menjadi
ukuran kepada masyarakat keseluruhanya dan kita juga tidak pernah akan boleh
terpisah dari masyarakat dan kononya ada dunia punk kita sendiri kerana kita
semua juga adalah sebahagian dari masyarakat dan kita juga inginkan perubahan
dalam masyarakat ke arah yang lebih baik jadi fikirlah.