Doktrinisasi tanpa
sedar lagu kebangsaan seperti lagu ‘KERANAMU MALAYSIA’
Aku
menulis ini kerana aku percaya akan
medium muzik atau lagu adalah salah satu
impak besar yang boleh mendoktrinisasi pemikiran dan minda setiap umat manusia
di atas muka bumi ini.cubalah berfikir sejenak dan renungkan kembali banyak
mana lagu yang dapat mempengaruhi mood atau emosi seseorang bahkan boleh
menanam satu bentuk pemikiran mahupun ideology tanpa disedari oleh pendengar
itu sendiri.Sesiapa yang menafikan akan fakta dan realiti hakikat ini aku mahu
bertanya pada saudara semua apakah seumur hidup saudara tidak pernah mendengar
satu buah lagu atau muzik ke dalam halwa telinga saudara??..mustahil
bukan..jadi disini aku ingin bercerita sedikit akan doktrinisasi malah penanaman
sebuah idea tanpa sedar oleh sebuah institusi yang bernama Negara di Malaysia
ini melalui propaganda mereka melalui muzik yang mana boleh didengar di setiap
sudut di corong radio malah television dengan bersalut imej visual.
Pasti
kau semua pernah mendegar lagu yang aku tampilkan diatas bukan..lagu keranamu
Malaysia yang diangkat menjadi lagu tema hari kebangsaan Malaysia atau
dipanggil hari kemerdekaan Malaysia pada setiap 31 ogos yang kononya Malaysia
telah merdeka sepenuhnya dari cengkaman penjajah british katanya.Aku mengambil
lagu keranamu Malaysia ini kerana aku menggagap dari segi pendapat aku dalam
liriknya berbau doktrinisasi dan penanaman semangat feudal dan patriotic buta
kepada parti pemerintah hegemoni dominasi united malay national organization
semenjak tahun 58 lagi.Memang jika dilihat pada setiap perenggan lirik didalam
lagu ini memang tiada satu perkataan yang menyebut parti itu sendiri namun
inilah yang aku mahu kau semua berfikir kerana doktrinisasi dan penanaman
ideogi itu bukanlah bersifat secara terus atau secara lansung tetapi dengan
makna dan mesej yang tersembunyi namun dapat meleakat pada pendengar yang tiada
pemikiran luar kotak yang kritikal untuk dalami makna ayat itu sendiri.
Aku
mulakan dengan lirik rangkap pertama dan kedua lagu ini yang berbunyi seperti
dibawah
Buruh nelayan dan juga
petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Pernah tak kau berfikir dan medalami ayat makna lirik ini yang mana jika kau pernah melihat di kaca tv siaran lagu ini beserta dengan imej yang dipaparkan pada mulanya pasti akan membuat seorang budak berfikir yang mana sdirinya harus bijak pandai bukan?..namun disinilah pointnya ‘buruh nelayan dan juga petani gaya hidup kini dah berubah”…kita mengerti dahulu ekonomi pasca merdeka dan selepas merdeka ekonomi rakyat Malaysia masih dalam lingkup pertanian sebelum diubah dasar oleh Mahathir.Apa yang ingin didoktrin disini adalah bahawa semua rakyat Malaysia ini haruslah terasuh mindanya dan menjadi generasi bijak pandai yang mana didoktrin bahawa pekerjaan sebagai buruh.petani dan nelayan adalah satu bentuk terkebelakang dan tidak patut dilihat dengan sewajarnya,disinilah telah terserap idea akan system kapitalis itu sendiri yang mana jikau kau perhati apda rangkap kedua yang berbunyi ‘pakar it,pakar ekonomi,jagu sukan dan juga JUTAWAN berkereta jenama Negara megah menysur dijalan raya.
Disini rakyat kebanyakan telah didoktrin dengan idea dan
konsep yang ingin ditanam ini bahwa seorang manusia yang berjaya dan dan
generasi biajk pandai itu adalah dari golongan pakar it,pakar ekonomi,jaguh
sukan dan juga wau jutawan???..dan mengapa kaum buruh.nelayan dan petani
diawali lirik lagu tentang mereka yang mana idea yang dibawa adalah golongan
ini adalah golongan yang tidak biajk pandai atau bukan dari generasi bijak
pandai.Sampai disini kau boleh menilai sendiri kan doktrin yang dicipta
penguasa pemerintah ini akan konsep sonsang berkiblatka kapitalis ini kan?..apa
yang mereka ingin tanaman kepada seorang budak kecil di sekolah rendah adalah
melihat tinggi akan segelintir golongan tertentu yang dinyatakan dalam lirik
dan mengecilkan segolongan tertentu dalam masyarakat seperti buruh kasar,petani
dan nelayan yang mana jikalau kau semua mengakaji dan mendalami ilmu ekonomi
dengan lebih mendalam golongan buruh kasar,petani,dan nelayan inilah golongan
yang paling penting dalam sebuah struktur ekonomi dalam masyarakat untuk bergerak.
Cuba kau bayangkan jika para buruh kasar,petani dan nelayan
tidak melakukan pekerjaaan mereka selama seminggu dan kau bayangkanlah sendiri
apa yang akan berlaku dalam sistem ekonomi sesebuah Negara itu..dimana rakyat
mahu bergerak jika pemandu teksi,bas atau train tidak bekerja ( bagi ayng
bergantung oada perkhidmatan awam terutamanya kl ),dimana rakyat mahu
mandapatkan sumber makanan jika petani tidak lagi meanamam tanama mereka dan
mengerjakan tanah dan nelayan tidak lagi pergi ke laut untuk mengakap hasil
laut?...cuba kau bayangkan kawan tidak boleh bergerak bukan sebuah sistem itu
sendiri jadi mengapa disini dilagu ini mereka cuba untuk menerapkan satu idea
pembodohan untuk rakyat yang mana jikau kau melihat sampai sekarang pun rakyat
tidak kira dari golongan manapun akan memandang sector buruh,petani dan nelayan
sebagai sector kelas kedua atau golongan yang tersisih yang tidak harus dilihat
penting mana akan sumbangan yang dibagi oleh mereka??..sampai bila..kerna kau
akan dapat melihat ini jika kau pernah inga dizaman seolah rendah dimana cikgu
pasti akan bertanya akan cita cita setiap murid dan yang menajdi pilihan adalah
seprti kebiasan yang cenderung kepada
sistem kapitalis itu sendiri..bukankah murid murid sekecil ini yang amsih algi
suci dari segala macam kekotoran dalam otak minda harus ditanaam dengan idea
idea kemanusiaan yang sewajarnya yang mana harus mengahrgai setiap genap lapis
masyarakat dan harus mengerti akan reality sistem yang mana golongan bawahan
seperti bruh,petani dan nelayan inilah yang sebenar-benarnya memulai
menggerakkan ekonomi itu sendiri.
Kita pergi ke rangkap lirik seterusnya seperti dibawah
Alam siber teknologi
terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
Disini mereka cuba menerapkan akan konsep dan makna akan
kejayaan itu sendiri untuk masyarakat menilai kejayaan itu dari segi sudut
material dan memiliki yang mana mereka cuba menanamkan pula disini sifat dan
nilai kejayaan itu adalah apabila alam siber atau teknologi terkini telah boleh
didapati di setiap genap kota mahupun desa.Aku disini bukanlah melawan akan
kemodenan atau kemajuan teknolgi itu sendiri kerana memang dalam dunia global
kapitalis ini kau seolah terpaksa atau terpaksa dalam rela denga lebih tepat
untuk menggunakan teknologi terkini atas desakan unit amsyarakat itu sendiri
juga namun aku ingin tegaskan disini bahawa konsep kejayaan yang dipuput dalam
perenggan ini adalah berkisarkan akan sebuah masyarakat yang akan berpandangan
materialis dan akan menyebabkan kejayaan itu diukur dengan nilai fizikal
material itu sendiri seperti yang telah terjadi dalam masyarakat kita kini yang
aku tahu akan reality-realitinya bukan tidak perlu untuka ku terangkan lagi
disini akan raliti itu.Sepatutnya yang membuat
merasa bangga itu adalah masayrakat yang boleh menerapkan sifat2 ehsan
manusiawi dan sejahtera bersama tanpa melihat tinggi akan suatu bentuk material yang dimiliki oleh seseorang
individu itu untuk dijadikan ukuran kejayaan yang diperoloh individu itu
sendiri.Idea ini juga bagi aku amat berbahaya kerana masyarakat sebenarnya akan
berlumba-lumba untuk mengumpul memiliki material dengan segala macam cara untuk
dilihat tinggi dalam status sosial sebuah masyarakat itu sendiri tanpa
mengambil kira lagi kesan kepada masyarakat amnya dan inilah yang menyababkan
golongan yang kononya berjaya dari sudut masyarakat seprti yang dinyatakan di
perenggan pertama lagu semakin bertambah kaya dan golongan yang kononya tidak
berjaya atau berpendidikan itu semakin miskin dan ditindas saban hari.Inilah reality
didalah sistem kapitalis yang diamalkan dalam Negara ini melalui propaganda
yang diterapkan dalam lagu kebangsaaan ini.
Pada perenggan terakhir kerap dinyatakan dalam bait lirik
perkataan ‘keranamu’,pernahkau kau berfikir atau memahami siapakah sebenarnya
yang ingin ditanam dalam benak sanubari masyarakat awam yang perlu diterima
kasih??..pelik bukan..kita lihat pada bit lirik ini ‘ keranamu kami mendakap
tuah,keranamu kami bangsa berjaya,keranamu kami hidup selesa,keranamu kami
bebas merdeka,keranamu nyawa dipertaruhkan,keranamu rela kami
berjuang’..keranaMU ,perlu dilihat dan dinilai disini bahawa bait perkataan MU
itu adalah bersifat menuju kepada sesapa bukan?..jadi persoalannya kepada
siapa?..iya mungkin segenap masyarakat akan berfikir kepada malaysialah
kan?..kepada siap lagi..namun kau perlu berfikir sedalamnya Malaysia ini adalah
kawasan yang punyai sempadan dan Malaysia itu adalah satu insitusi Negara yang
mana ada segolongan yang mengawal dan
memerintah akan geografi sempadan fizikal yang bernama Malaysia ini,disinilah
doktrin yang sebenar-benarya yang mahu diterapkan dalam minda yang man kita
semua harus berterima kasih yang mana pada bait terakhir dilaungkan ‘terima
aksih Malaysia” namun timbul persoalan adakah kita laungkan terima kasih pada
tanah-tanah atau pokok-pokok atau gunung ganang atau hutan belantara yang dalam
ruang lingkap sempadan kawasan Malaysia ini?..mustahil kan?..jadi kesimpulan
disini adalah yang menjadi tujuan taupun objek keranamu dan terima kasih ini
adalah sebenarnya kepada parti yang telah kononya memerdekakan Negara ini dari
sudut naratif sejarah mereka yang sampai sekarang menguasai dan memerinath
negara ini
.Disini lah sebenarya ibu kepada segaal doktrin dan propaganda yang
mahu diterapkan dalam lagu ini selain daripada doktrin yang telah dinyatakan
diatas.Kerna jika kau boleh berfikir secara rasional dan logic memaang ianya
bertujuan untuk doktrin kepada masyarakat terutamanya kepada budak yang masih
bersekolah yang tidak begitu mengerti untuk berterima kasih kepada pemerintah
dan parti ini yang kononya berjasa dan telah membuat segala macam yang
dinyatakn dalam lirik dalam memajukan bangsa masyarakat ini.Kononya ‘keranamu’
parti dan kerajaan inilah yang patut kita ingati dan berterima kasih atas
segala jasa dan kejayaan yang kononya ntelah dikecapi dalam ngara Malaysia ini.
Selepas engkau semua mambaca arikel ini sampai
disini,cubalah engkau berfikir kembali tentang apa yang telah aku ceritakan dan
nyatakan diatas bahawa doktrinisasi dan
propaganda pemerintah itu bukanlah hanya wujud secara langsung seperti mereka
menyampaikan dalam ceramah merka mahupun saluran tv dan akhbar yang mereka
kuasai namun ianya juga berlaku secara tidak langsung yang mana jika tidak
diamati dan dimengerti secara luar kotak dan kritikal akan menyebabkan kesan
yang berpanjangan dalam minda dan otak segenap masyarakat kerana inilah yang
dipanggil sebagai alat mesin propaganda institusi yang bernama Negara tetapi di
Malaysia ini ianya bersifat bukan propaganda Negara lagi sebab kita belum mencapai
status sosial masyrakat Negara bangsa
seperti Indonesia,Australia dan lain lain lagi namun ini adalah alat mesin
propaganda parti pemerintah Malaysia yang menguasai Negara ini semnjak 1958
lagi untuk terus mengekalkan hegemoni dan dominasi mereka terhadap minda dan
fikiran rakyat Malaysia.