Isnin, 14 Ogos 2017

PUNK PUNK APA ADANYA?...

Punk,punk apa adanya?..okay seperti yang semua membaca artikel ini aku agak pasti kamu semua pasti mengenali akan perkataan punk ini yang dilaungkan semenjak tahun 70an lagi sehingga sekarang..sebut sahaja atau bergaduh lah siapa saje yang jadi pelopornya mahu dari sex pistols,the clash,ramones,crass,the exploited,discharge,gbh dan banyak lagi yang lainnya.apa sebenarnya keunikan ada pada punk ini yang membuatkan pemuda-pemudi menjadi gila akan ia dari benua eropah ke amerika hinggalah ke asia. Sebelum aku meneruskan tulisan ini izinkan aku jelaskan disini bahawa aku tidak berminat untuk membicangkan sejarah akan muzik punk itu sendiri atau siapa yang jadi pelopornya ataupun apakah fesyen yang harus dipakai oleh seorang yang bergelar punkers kerana aku yakin kau semua pastilah mengerti mengapa aku jelaskan demikian kerna diabad ke 21 ini bagi aku itu semua telah taboo dan apa yang sebenarnya yang aku hendak surahkan disini adalah pendapat aku sendiri tentang namanya punk ini dari sudut pandang akal aku sendiri dan jika kau tidak mahu menerima pun bagi aku itu lebih baik kerna lebih baik kau tidak menerima sesuatu itu sebelum kaji dan siasat akan sesuatu benda itu.

Punk Pemuda Unik Namun Kreatif mengikut istilah aku sendiri  telah berjaya melekat pada jiwa dan diri aku sejak dari dahulu lagi yang mana memang susah untuk dimengerti oleh sebahagian yang melihat ianya hanya dari sudut fizikal fesyen atau muzikalnya sahaja.Maksud aku disini seperti banyak yang terjadi dalam scene-scene punk diseluruh pelusuk Negara yang mana menjadi punk hanyalah untuk mengisi masa muda dikala belasan tahun mahupun mengikut-ikut fesyen yang dikatakan gempak atau apa sahaja yang telah menjadi kegilaan di akhir 90 an dan awal 2000 dulu di setaip tangga-tangga stesen bas hampir di seluruh Negara yang menjadi fenomena anak muda dizaman itu yang mahukan kebebasan atau pun kawan/geng cerminan daripada realiti kondisi sosial disaat itu yang memang telah menjadi sebagai budaya yang amat kuat dikalangan anak muda remaja.Tetapi ia itu adalah sebahagian daripada sejarah akan budaya mahupun boleh dikatakan gerakan pada scene punk sehinggalah berkembang pada adanya zine,band malah space punk sendiri seperti rumah api yang masih bertahan sehingga kini di kuala lumpur yang memang telah menjadi nadi dalam banyak gig punk yang dibuat.

Sepanjang aku melibatkan diri dalam muzik mahupun scene punk ini sendiri sebenarnya telah banyak membuka pelbagai macam persoalan atau dogma yang menjadi dinding bagi tiap manusia namun jika aku termenung berfikir sejenak akan idea-idea dan juga akan falsafah akan sebalik punk itu sendiri membawa aku menyoalkan akan keberadaan atau kewujudannya pada masa kini.Ia memang berbeza latar belakang reality sosial pada akhir 90an dan awal 2000 dulu namun bile melihat pada reality hari ini aku sebenarnya berfikir apa lagi yang ada nama punk itu sendiri..ia punk punk ada apanya??..aku mengakui memang aku dulu pada awalnya yang menjadi normal semula jadi bagi setiap remaja belasan tahun mengikuti secara membabi buta apa saja yang diterima dan dibagi pada masa itu yang memang lari dari norma segala macam arus perdana namun pabila sampai ketahap ini aku berfikir apakah sebenarnya punk itu sendiri jika dikau hanya meniru bulat-bulat segala macam yang dibagi oleh punkers,punkers di uk mahupun us sana.Aku mengakui iya ia menjadi pengaruh bagi zaman awal perkenalan kita dengan punk itu sendiri tetapi apakah relevannya atau kaitan lagi jika terus lagi hanya merujuk pada mereka semua yang di eropah atau amerika saner sedangkan mereka sendiri yang ‘mencipta’ budaya atau muzik punk itu sendiri tidak pula meniru sesiapa bukan???...betulkan aku jika aku silap tapi cuba kau berfikir adakah sex pistols meniru idea sesiapa?..ia sebahagian mengatakan diorang boneka malcom mc laren tetapi aku mengatakan disini adakah malcom itu sendiri meniru bulat2 idea daripada band tau kumpulan lain??..begitu juga halnya akan crass..cuba kau lihat dan berfikir tentang crass adakah mereka mencipta lirik malah lagu mereka yang bagaikan syarahan politik sahaja itu adakah tiruan atau copy paste dari sesiapa???..tiada bukan melainkan hanya jadi mereka sendiri dan terus berani memperkasakan diri mereka sendiri dengan muzik dan idea baru daripada mereka sendiri..nah disinilah yang aku maksudkan menjadi diri sendiri itu..okay aku bagi contoh kau tgk sahaja scene punk di uk dengan us..lain bukan??..mengapa selepas eranya sex pistols,the clash timbul pulak the exploited,discharge,gbh dank at us selepas eranya ramones,iggy pop, timbul pulak American hardcore yang berakar umbi dari punk..nampak x disitu mereka boleh mencipta idea baru dan gerakan baru mereka sendiri dan terus maju dengan itu.

Kalau itu jauh ke benua lain kau lihatlah di Negara jiran sebelah kita di Indonesia mengapa scene punk disana berjaya melahirkan band seperti marjinal,bunga hitam,sosial sosial yang mana aku pernah ingat lagi akan kata-kata kawan aku ini ‘marjinal ni dia macam da buat scene dye sendiri tau..scene taring babi marjinal yang telah melampaui scene dan istilah punk itu sendiri’..mengapa kau rasa mereka berjaya melakukan akan itu??..bagi aku kuncinya adalah mereka semua ini yang telah mencipta idea dan gerakan baru adalah mereka semua ini berpijak di bumi nyata berdasar pada reality sosial dimana mereka hidup..bagi pandangan aku kalau kau terus saja membabi buta menciplak akan sesuatu bende itu kau memang x akan ke mana..kerna orang tidak akan mahu melihat klon the exploited atau klon sex pistols atau klon the clash atau klon discharge atau klon dri atau klon black flag tau klon minor threat atau klon nofx atau klon rancid di tempat mereka yang mana adalah bagi aku satu perkara yang memang bebal dan sia-sia jika kau hanya menjadi orang lain atau berterusan mimpi mahu menjadi seperti band tersebut..100 peratus bollocks/mengarut.

Kalau kite berbalik pula pada zaman atau scene punk diluar Negara sana samaada di uk atau us sana pernahkan kamu terfikir sapa sebenarnya yang memulai menamakan istilah punk inikan..nah disinilah persoalan mengapa idea atau fesyen punk itu harus diseragamkan atau idea yang telah ditetapkan seperti seolah-olah macam set of answer/knowledge jawapan peperiksaan di sekolah gitu.Ada yang mengatakan kita harus memelhara keunikan akan punk itu sendiri dengan scene-scenenya sendiri tetapi pernah kau melihat kembali di zaman awal muculnya punk adakah mereka mengambil idea-idea yang telah diseragamkan dan dibentuk menjadi scene???..tidak bukan bahkan yang menjadi kelansungan terjadinya scene punk dizaman itu adalah bagi aku tidak bukan kerana luahan cerminan reality dan keadaaan sosia masyarakat dizaman ituyang mebuat terjadinya punk,jadi disini kuncinya adalah bagaimana kau mampu untuk memperkasakan diri atau kolektif kau sendiri dalam reality sosial dalam tempat kau sendiri dalam menghadapi situasi zaman kini bukannya masih berfantasi pada zaman 80an atau 90an sekalipun..kerana bagi pendapat aku memang benda yang sia-sia dan mengarut yang mana kau tidak lagi berpijak pada bumi reality yang sebenar bukan..bagi aku seseorang yang bergelar punkers itu sendiri pun patut selalu mempersoalkan juga apa yang ada didalam scene punk didalam tempatnye sendiri juga mengapa harus begitu mengapa harus begini didalam scenenya sendiri juga tanpa mengambil apa sahaja bulat-bulat yang dikatakan oleh orang-orang lame atau kononya senior dalam scene kerna once kau punk kau harulah ‘question everything’ yang membelenggu minda supaya dapat menerima sesuati idea atau etika itu dengan lebih bernilai atau bermakna untuk kau dan scene di tempat engkau juga.


Sebagai contoh dalam pemerhatian aku ada juga didalam scene di Negara ini yang mengambil sesuatu idea itu tanpa mahu mengkaji atau menyelidiki dulu tentang apa yang dipegangnya atau dipakainya dahulu yang mana akan mengakibatkan pembawaan kelakuan dan identity dirinya akan kontra dengan apa yang diapakai dan dibanggakannya..semacam sesorang yang memakai patches berlambang swastika tetapi tidak tahu akan idea dan kewujudan swastika itu sendiri tapi hanya mengambil untuk mengabsahkan agar selari kononya dengan perjuangan kaum atau bangsa mereka begitu juga dengan segelintir golongan yang memakai lambing anti fasis/anti rasis tetapi tidak tahu akan makna disebalik fasis itu sendiri sehingga sampai ke satu tahap dimana dia pula yang menjadi fasis sambil memakai lambing antifasis..kontradiksi bukan..itulah sebahagaian kecil contoh mengapa budaya ‘copy paste” itu amatlah harus dibuang jauh kedalam tong sampah kerna tidak guna hanya copy paste idea itu sendiri tanpa pernah mahu memahami dahulu akan makna dan hakikat disebalik idea itu sendiri dahulu dan macam mane pula dengan keadaan realiti sosial ditempat kita hidup itu sendiri..niat aku disini bukan untuk mencaci atau menghakimi sesiapa kerana aku percaya akan hak individu manusia itu sendiri dan seperti biasa semua orang akan bermula dengan jahil tanpa mengerti akan sesuatu tetapi cuba berfikir sejenak sampai bila kita harusj ahil tanpa tidak pernah untuk mengerti dan ambik peduli kerana apa yang dibawa oleh kita semua didalam scene punk atau luar scene punk pun akan menjadi ukuran kepada masyarakat keseluruhanya dan kita juga tidak pernah akan boleh terpisah dari masyarakat dan kononya ada dunia punk kita sendiri kerana kita semua juga adalah sebahagian dari masyarakat dan kita juga inginkan perubahan dalam masyarakat ke arah yang lebih baik jadi fikirlah.