Ahad, 5 Jun 2016

Doktrinisasi  tanpa sedar lagu kebangsaan seperti lagu ‘KERANAMU MALAYSIA’

Aku menulis ini kerana  aku percaya akan medium muzik atau  lagu adalah salah satu impak besar yang boleh mendoktrinisasi pemikiran dan minda setiap umat manusia di atas muka bumi ini.cubalah berfikir sejenak dan renungkan kembali banyak mana lagu yang dapat mempengaruhi mood atau emosi seseorang bahkan boleh menanam satu bentuk pemikiran mahupun ideology tanpa disedari oleh pendengar itu sendiri.Sesiapa yang menafikan akan fakta dan realiti hakikat ini aku mahu bertanya pada saudara semua apakah seumur hidup saudara tidak pernah mendengar satu buah lagu atau muzik ke dalam halwa telinga saudara??..mustahil bukan..jadi disini aku ingin bercerita sedikit akan doktrinisasi malah penanaman sebuah idea tanpa sedar oleh sebuah institusi yang bernama Negara di Malaysia ini melalui propaganda mereka melalui muzik yang mana boleh didengar di setiap sudut di corong radio malah television dengan bersalut imej visual.

Pasti kau semua pernah mendegar lagu yang aku tampilkan diatas bukan..lagu keranamu Malaysia yang diangkat menjadi lagu tema hari kebangsaan Malaysia atau dipanggil hari kemerdekaan Malaysia pada setiap 31 ogos yang kononya Malaysia telah merdeka sepenuhnya dari cengkaman penjajah british katanya.Aku mengambil lagu keranamu Malaysia ini kerana aku menggagap dari segi pendapat aku dalam liriknya berbau doktrinisasi dan penanaman semangat feudal dan patriotic buta kepada parti pemerintah hegemoni dominasi united malay national organization semenjak tahun 58 lagi.Memang jika dilihat pada setiap perenggan lirik didalam lagu ini memang tiada satu perkataan yang menyebut parti itu sendiri namun inilah yang aku mahu kau semua berfikir kerana doktrinisasi dan penanaman ideogi itu bukanlah bersifat secara terus atau secara lansung tetapi dengan makna dan mesej yang tersembunyi namun dapat meleakat pada pendengar yang tiada pemikiran luar kotak yang kritikal untuk dalami makna ayat itu sendiri.

Aku mulakan dengan lirik rangkap pertama dan kedua lagu ini yang berbunyi seperti dibawah
Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Pernah tak kau berfikir dan medalami ayat makna lirik ini yang mana jika kau pernah melihat di kaca tv siaran lagu ini beserta dengan imej yang dipaparkan pada mulanya pasti akan membuat seorang budak berfikir yang mana sdirinya harus bijak pandai bukan?..namun disinilah pointnya ‘buruh nelayan dan juga petani gaya hidup kini dah berubah”…kita mengerti dahulu ekonomi pasca merdeka dan selepas merdeka ekonomi rakyat Malaysia masih dalam lingkup pertanian sebelum diubah dasar oleh Mahathir.Apa yang ingin didoktrin disini adalah bahawa semua rakyat Malaysia ini haruslah terasuh mindanya dan menjadi generasi bijak pandai yang mana didoktrin bahawa pekerjaan sebagai buruh.petani dan nelayan adalah satu bentuk terkebelakang dan tidak patut dilihat dengan sewajarnya,disinilah telah terserap idea akan system kapitalis itu sendiri yang mana jikau kau perhati apda rangkap kedua yang berbunyi ‘pakar it,pakar ekonomi,jagu sukan dan juga JUTAWAN  berkereta jenama Negara megah menysur dijalan raya.

Disini rakyat kebanyakan telah didoktrin dengan idea dan konsep yang ingin ditanam ini bahwa seorang manusia yang berjaya dan dan generasi biajk pandai itu adalah dari golongan pakar it,pakar ekonomi,jaguh sukan dan juga wau jutawan???..dan mengapa kaum buruh.nelayan dan petani diawali lirik lagu tentang mereka yang mana idea yang dibawa adalah golongan ini adalah golongan yang tidak biajk pandai atau bukan dari generasi bijak pandai.Sampai disini kau boleh menilai sendiri kan doktrin yang dicipta penguasa pemerintah ini akan konsep sonsang berkiblatka kapitalis ini kan?..apa yang mereka ingin tanaman kepada seorang budak kecil di sekolah rendah adalah melihat tinggi akan segelintir golongan tertentu yang dinyatakan dalam lirik dan mengecilkan segolongan tertentu dalam masyarakat seperti buruh kasar,petani dan nelayan yang mana jikalau kau semua mengakaji dan mendalami ilmu ekonomi dengan lebih mendalam golongan buruh kasar,petani,dan nelayan inilah golongan yang paling penting dalam sebuah struktur ekonomi dalam masyarakat untuk bergerak.

Cuba kau bayangkan jika para buruh kasar,petani dan nelayan tidak melakukan pekerjaaan mereka selama seminggu dan kau bayangkanlah sendiri apa yang akan berlaku dalam sistem ekonomi sesebuah Negara itu..dimana rakyat mahu bergerak jika pemandu teksi,bas atau train tidak bekerja ( bagi ayng bergantung oada perkhidmatan awam terutamanya kl ),dimana rakyat mahu mandapatkan sumber makanan jika petani tidak lagi meanamam tanama mereka dan mengerjakan tanah dan nelayan tidak lagi pergi ke laut untuk mengakap hasil laut?...cuba kau bayangkan kawan tidak boleh bergerak bukan sebuah sistem itu sendiri jadi mengapa disini dilagu ini mereka cuba untuk menerapkan satu idea pembodohan untuk rakyat yang mana jikau kau melihat sampai sekarang pun rakyat tidak kira dari golongan manapun akan memandang sector buruh,petani dan nelayan sebagai sector kelas kedua atau golongan yang tersisih yang tidak harus dilihat penting mana akan sumbangan yang dibagi oleh mereka??..sampai bila..kerna kau akan dapat melihat ini jika kau pernah inga dizaman seolah rendah dimana cikgu pasti akan bertanya akan cita cita setiap murid dan yang menajdi pilihan adalah seprti kebiasan yang cenderung  kepada sistem kapitalis itu sendiri..bukankah murid murid sekecil ini yang amsih algi suci dari segala macam kekotoran dalam otak minda harus ditanaam dengan idea idea kemanusiaan yang sewajarnya yang mana harus mengahrgai setiap genap lapis masyarakat dan harus mengerti akan reality sistem yang mana golongan bawahan seperti bruh,petani dan nelayan inilah yang sebenar-benarnya memulai menggerakkan ekonomi itu sendiri.

Kita pergi ke rangkap lirik seterusnya seperti dibawah
Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Disini mereka cuba menerapkan akan konsep dan makna akan kejayaan itu sendiri untuk masyarakat menilai kejayaan itu dari segi sudut material dan memiliki yang mana mereka cuba menanamkan pula disini sifat dan nilai kejayaan itu adalah apabila alam siber atau teknologi terkini telah boleh didapati di setiap genap kota mahupun desa.Aku disini bukanlah melawan akan kemodenan atau kemajuan teknolgi itu sendiri kerana memang dalam dunia global kapitalis ini kau seolah terpaksa atau terpaksa dalam rela denga lebih tepat untuk menggunakan teknologi terkini atas desakan unit amsyarakat itu sendiri juga namun aku ingin tegaskan disini bahawa konsep kejayaan yang dipuput dalam perenggan ini adalah berkisarkan akan sebuah masyarakat yang akan berpandangan materialis dan akan menyebabkan kejayaan itu diukur dengan nilai fizikal material itu sendiri seperti yang telah terjadi dalam masyarakat kita kini yang aku tahu akan reality-realitinya bukan tidak perlu untuka ku terangkan lagi disini akan raliti itu.Sepatutnya yang membuat  merasa bangga itu adalah masayrakat yang boleh menerapkan sifat2 ehsan manusiawi dan sejahtera bersama tanpa melihat tinggi akan suatu  bentuk material yang dimiliki oleh seseorang individu itu untuk dijadikan ukuran kejayaan yang diperoloh individu itu sendiri.Idea ini juga bagi aku amat berbahaya kerana masyarakat sebenarnya akan berlumba-lumba untuk mengumpul memiliki material dengan segala macam cara untuk dilihat tinggi dalam status sosial sebuah masyarakat itu sendiri tanpa mengambil kira lagi kesan kepada masyarakat amnya dan inilah yang menyababkan golongan yang kononya berjaya dari sudut masyarakat seprti yang dinyatakan di perenggan pertama lagu semakin bertambah kaya dan golongan yang kononya tidak berjaya atau berpendidikan itu semakin miskin dan ditindas saban hari.Inilah reality didalah sistem kapitalis yang diamalkan dalam Negara ini melalui propaganda yang diterapkan dalam lagu kebangsaaan ini.

Pada perenggan terakhir kerap dinyatakan dalam bait lirik perkataan ‘keranamu’,pernahkau kau berfikir atau memahami siapakah sebenarnya yang ingin ditanam dalam benak sanubari masyarakat awam yang perlu diterima kasih??..pelik bukan..kita lihat pada bit lirik ini ‘ keranamu kami mendakap tuah,keranamu kami bangsa berjaya,keranamu kami hidup selesa,keranamu kami bebas merdeka,keranamu nyawa dipertaruhkan,keranamu rela kami berjuang’..keranaMU ,perlu dilihat dan dinilai disini bahawa bait perkataan MU itu adalah bersifat menuju kepada sesapa bukan?..jadi persoalannya kepada siapa?..iya mungkin segenap masyarakat akan berfikir kepada malaysialah kan?..kepada siap lagi..namun kau perlu berfikir sedalamnya Malaysia ini adalah kawasan yang punyai sempadan dan Malaysia itu adalah satu insitusi Negara yang mana ada segolongan  yang mengawal dan memerintah akan geografi sempadan fizikal yang bernama Malaysia ini,disinilah doktrin yang sebenar-benarya yang mahu diterapkan dalam minda yang man kita semua harus berterima kasih yang mana pada bait terakhir dilaungkan ‘terima aksih Malaysia” namun timbul persoalan adakah kita laungkan terima kasih pada tanah-tanah atau pokok-pokok atau gunung ganang atau hutan belantara yang dalam ruang lingkap sempadan kawasan Malaysia ini?..mustahil kan?..jadi kesimpulan disini adalah yang menjadi tujuan taupun objek keranamu dan terima kasih ini adalah sebenarnya kepada parti yang telah kononya memerdekakan Negara ini dari sudut naratif sejarah mereka yang sampai sekarang menguasai dan memerinath negara ini

.Disini lah sebenarya ibu kepada segaal doktrin dan propaganda yang mahu diterapkan dalam lagu ini selain daripada doktrin yang telah dinyatakan diatas.Kerna jika kau boleh berfikir secara rasional dan logic memaang ianya bertujuan untuk doktrin kepada masyarakat terutamanya kepada budak yang masih bersekolah yang tidak begitu mengerti untuk berterima kasih kepada pemerintah dan parti ini yang kononya berjasa dan telah membuat segala macam yang dinyatakn dalam lirik dalam memajukan bangsa masyarakat ini.Kononya ‘keranamu’ parti dan kerajaan inilah yang patut kita ingati dan berterima kasih atas segala jasa dan kejayaan yang kononya ntelah dikecapi dalam ngara Malaysia ini.

Selepas engkau semua mambaca arikel ini sampai disini,cubalah engkau berfikir kembali tentang apa yang telah aku ceritakan dan nyatakan diatas bahawa doktrinisasi  dan propaganda pemerintah itu bukanlah hanya wujud secara langsung seperti mereka menyampaikan dalam ceramah merka mahupun saluran tv dan akhbar yang mereka kuasai namun ianya juga berlaku secara tidak langsung yang mana jika tidak diamati dan dimengerti secara luar kotak dan kritikal akan menyebabkan kesan yang berpanjangan dalam minda dan otak segenap masyarakat kerana inilah yang dipanggil sebagai alat mesin propaganda institusi yang bernama Negara tetapi di Malaysia ini ianya bersifat bukan propaganda Negara lagi sebab kita belum mencapai status  sosial masyrakat Negara bangsa seperti Indonesia,Australia dan lain lain lagi namun ini adalah alat mesin propaganda parti pemerintah Malaysia yang menguasai Negara ini semnjak 1958 lagi untuk terus mengekalkan hegemoni dan dominasi mereka terhadap minda dan fikiran rakyat Malaysia.


Tiada ulasan: