Rabu, 16 September 2015

KEHIDUPAN KOMMUNE PARA PERSONIL CRASS DAN KAITAN DENGAN SITUASI DAN HALANGAN UNTUK WUJUDKAN DI NEGARA DUNIA KETIGA..

Anarkis bukanlah istilah yg kami labelkan diri kami pada awal mula kami lagi’gee voucher
Inilah ungkapan yg dikata oleh gee voucher iaitu bekas personilnya crass yang aktif ditahun 1978-1984 di essex London England yang mana aku pasti semua mereka yang menggelarkan diri mereka anarko punk/punk gitu tahu akan keberadaan crass yang mana wujud di dialamiah dial house iaitu rumah terbuka atau lebih tepatnya commune yg dipelopori oleh penny rimbau dan gee voucher pada tahun 1967 lagi dan masih lagi terus bertahan sampai sekarang walaupun ada halangan daripada pemaju hartanah yang mahu mengambil alih membangunkan kembali tempat dan rumah itu dengan alasan pembagunan sehingga pada satu tahap kritikal dial house juga dilelong kepada orang awam namun dengan bijak gee dan penny rimbau membida dan terus membeli rumah itu denagn bantuan rakan-rakan penghuni dan juga bekas penghuni rumah itu untuk meneruskan keberadaan dan kewujudan dial house..satu usaha yang sangat menakjubkan yang ada pada mentality bangsa Negara dunia pertama mungkin..( aku berkata demikian kerana apa mungkin jika ini berlaku di Negara dunia ketiga kita akan berlaku seperti demikian rupa lihat saja apa yang terjadi pada kg chubadak dan banyak lagi lah yang lainnya ).Disini sebenarnya bukanlah aku mahu bercerita pasal halnya band crass itu kerana aku pasti sudah ramai yang sudah mengetahui akan kewujudan band ini dan sejarahnya terutamanya pada yang bergelumang dalam scene underground atau punk khususnya.
Disini aku ingin mempersoalkan tentang bagaimana personilnya crass atau lebih tepat lagi kolektif didalam rumah atau dalam kawasan dial house ( bagi sesiapa yang  tidak mengetahui akan dial house ini untuk pengetahuan anda semua ini adalah basecamp atau rumah ladang kampong yang terletak di satu kawasan kebun/ lading di essex,England yang telah wujud  pada abad ke 16 lagi yang mana mengikut rujukan daripada Wikipedia dial house ini adalah rumah kepada primsoll mc corner iaitu author kepada buku ‘agriculture notebook’ yang mana menjadi buku rujukan pada zaman itu di England khususnya tentang industri pertanian.Tetapi itu adalah halnya sejarah dial  houe itu sendiri dan bukanlah itu yang ingin dibicarakan aku disini tetapi tentang semenjak penny rimbau dan gee vouncher yang mengambil inisiatif menyewa kawasan dan rumah ini untuk dijadikan sebagai rumah terbuka atau dengan lebih tepat lagi sebagai rumah kegiatan seni meliputi pelbagai aktiviti seperti membuat collage,painting,lukisan,political project sehinggalah wujudnya band crass yang kita kenali hari ini walaupun kewujudan mereka tidak sampai sepuluh tahun kan.
Okay kita pergi kepada apa yang membuatkan penny rimbau dan rakan kolej seninya gee vouncher untuk membuat  dan menggerakkan satu kehidupan alternative daripada aturan hegemoni system itu sendiri yang membuatkan manusia menjadi tidak peduli dan terus bersifat individualis sampai mati yang mana amatlah menguntungkan dan memenangkan pemain catur sistem itu sendiri yang sememangnya mahu mewujudkan spesis manuia yg sebegini tetapi tidakkah kau berfikir sampai bila ia akan bertahan dengan corak warna dunia yang begini sedangkan kita ketahui bahwa bumi sememangnya sedang rabak dan uzur yang hanya sahaja menunggu ajalnya atas dari tangan manusia yang menghuninya..lihat sajalah akan keadaan disekitar mu dahulu sebelum pergi jauh ke palestin sana atau afrika saner..lihat,rasa,dengar dan fikirkan apakah disekitarmu itu…politiknya,ekonominya,sosialnya atau segala hal lainnya lagi yang berkaitan dirimu dan masyarakat apakah itu yang kau mahukan..tanyalah dirimu sekali lagi kawan apakah itu keadaan yang kau impikan yang kau mahukan dalam sekitar yang kau hidup..atau adakah ada dalam benak sanubarimu bahawa bukan tatanan ini yang kita mahu wariskan pada generasi yang selepas ini kalaupun bumi ini masih lagi bernyawa kan.
Berbalik pada hal yang menjadi persoalan diatas tentang permulaan dan kewujudan kolektif crass di dial house itu sendiri pasti ada yang keliru atau musykil bagaimana mereka dapat terus bertahan dalam aturan tatanan social di England zaman itu kan di bawah hegemoni pemerintahan Margaret tatcher dan juga keadaan dunia di zaman selepas perang dunia kedua begitu.Sebenarnya penny rimbau sendiri adalah lahir dan hidup dalam golongan kelas menengah atas di England berbeza dengan steve ignorant yang adalah lahir daripada golongan kaum miskin kelas pekerja kontra bukan tapi itulah uniknya crass yang telah bagi aku memecahkan hegemoni kasta kelas dalam caranya yang sendiri.
Disini juga aku telah berfikir dengan waras bahawa sebenarnya kita punyai alternative untuk tetap bertahan hidup dengan cara yang mungkin dianggap tidak normal bagi masyarakat amnya tetapi telah Berjaya diadaptasikan oleh crass di dial house di essex sana dan juga jikalau yang lebih dekat dengan kita komunitas taring babi di depok Indonesia yang mana bagi aku punya persamaan antara kedua itu walau lingkup ruang keadaan social yang berbeza diantara dunia pertama dan dunia ketiga tapi mengapa mereka mampu lakukannya dan tetap terus wujud dan bertahan sampai kini denagn prinsip dan etikanya sendiri sehingga david beckham sendiri yaa bekas pemain bola superstar Manchester united kegilaan ramai itu sendiri memakai baju berlambangkan crass tanpa diketahi sendiri oleh personilnya crass pada mulanya( tidakkah itu sangat kontra bukan ) dan marjinal juga bagi aku yang telah Berjaya menembus masuk pelusuk masyarakat yang mana baju berlambangkan marjinal telah dijual di pasaraya xiri dikampungku di terengganu ( ini adalah fakta bukan auta ).kenyataan dan hakikat disini adalah bahwa mereka  ini aku ambik sebagai contoh kerana atas dasar prinsip dan etika yang dipegang selari dengan reality yang dialami sekitarnya bukan sahaja sekadar berteriak lawan atau smash the sytem atau pelbagai lagi dalam gig atau lagu semata-mata.Aku juga ingin berpendapat disini bahawa apa yang kita lakukan denagn idea dan aksi itulah yang menjadi tahap ukur dan nilaian kepada sesuatu pegangan atau ideology bukanlah sekadar menampal patches label masing2 di jaket-jaket atau berteriak aku memegang fahaman ini atau ideology ini dan terus membenci atau di sekitar ku ini seperti melabel atau mendiskriminasi orang-orang yang berlainan dengannya atau yang tidak memakai patches yang sama dengannya.bukankah itu mewujudkan prasangka buruk dan menghala kepada sifar fasis itu sendiri?..
Apa yang menjadi kata kunci kepada kewujudan kolektif-kolektif ini dan mengapa mereka tetap terus dapat bertahan bagi aku sendiri adalah titik kesamaan dalam meraikan perbezaan yang ada..ia memang tidak dapat dinafikan wujud pelbagai konflik dan masalah juga didalam kolektif crass di dial house sana ataupun taringbabi di depok sana tapi apakah jalan alternative yang mampu diatasi dan berfikirla bahawa hidup secara individualis atau tidak peduli adalah dosa yang lebih besar dalam abad ini bagi aku yang wujud dalam tatanan masyarakat sedia ada kini.Sememangnya akan timbul pelbagai macam permalahan untuk mewujudkan satu bentuk kolektif hidup bersama ini tetapi belajarlah dari pengalaman yang sebelumnya dan lihat sahajalah mengapa mereka tetap terus dapat bertahan .Jikalau aku mahu mengupas akan cabaran-cabaran yang dihdapi mereka di dial house mungkin lebih panjang dan aku rasa tak perlulah untuk menjelaskan satu persatu masalah yang dihadapi mereka tapi sedarlah akan realiti disekitarmu dahulu dan mulalah aksi perlawanan mahu dari segi muzik,visual,grafik,puisi,karangan,cerpen,teater,filem..yang penting tetap bersentuh dengan alami dan realiti masyarakat disekitar mu sendiri bukan ilusi di dunia lain yang hanyalah menciptakan harapan palsu yang bersifat fantasi semata-mata.
Mungkin yang menjadi penghalang lagi buat kita disini atau didalam scene terutamanya untuk saling hidup,bekerja,belajar bersama-sama untuk mewujudkan satu komun kebersamaan yang telah menjadi budaya di Negara dunia pertama sana seperti England,usa,german atau Negara Nordic di eropah timur sana adalah sifat individualistic kapitalis yang masih lagi dihegemoni oleh pemikiran berkepentingan sendiri walhal tidak disedari bahawa kita sememangnya hidup dalam realiti yang bergantung keatasa satu sama lain yang mana mungkin kita akan dapat tinggal berseorangan diatas muka bumi ini..itulah yang menjadi kunci kepada persoalan ini..mungkin mereka yang disana telah lama sedar akan hakikat dan realiti ini dan tetap terus berusaha untuk mewujudkan kehidupan alternative dan nyata mereka berjaya membuktikannya.Cubalah kau bayangkan alangkah indahnya jika hidup bersama dengan saling memahami dan bergantung atau berkongsi antara satu sama lainnya didalam sebuah tempat atau rumah yang mana dapat kita memasak bersama,bercucuk tanam bersama,berkarya bersama dan tetap terus bertahan dengan cara itu..bukankah impian anarkis itu sendiri ingin mewujudkan masyarakat tanpa kelas yang dianggap utopia oleh masyarakat tetapi kita mampu untuk membuktikannya dengan langkah pertama kita mewujudkan kehidupan kebersamaan dengan mengenepikan sifat tamak haloba individualis yang menghancurkan tatanan masyarakat kini.tidak cukupkah bukti-bukti yang terpampang didepan mata kita selama ini yang dunia sememangnya menuju kehancuran atas sifat dan dasar manusia itu sendiri???....
Disini juga aku sememangnya ingin menegaskan bahawa manusia itu sendiri memang tidak dapat melepaskan diri dari cengkaman daripada aturan hegemoni system atau lingkaran kemunafikan yang ditimpa tapi SEKURANG-KURANGNYA iyaaa SEKURANG-KURANGNYA kita masih ada peluang semasa menjalani kehidupan untuk mencipta kehidupan alternatif melalui kolektif kita sendiri dan secara tidak langsung mampu untuk meminimakan kebergantungan kepada hegemoni daulah dan kapitalis yang membelenggu..ia kita mampu dengan syarat bebaskan jiwa raga dan minda kita dengan kesedaran social yang mana tanya pada dirimu sendiri ditengah zaman dan situasi masyarakat sekitarmu yang bersifat individualis dan tidak peduli apakah engkau mahu menjadi sebahagian daripada mereka semua menjalani kehidupan seperti itu atau sanggupkah engkau semua untuk terus bergantung sepenuhnya pada aturan hegemoni sitem itu sendiri???..atau terus wujudkan kolektif bersama temam disekitamu berkongsi  kesedaran kebersamaan yang ada dan terus meraikan perbezaan yang ada untuk menggerakkan satu kehidupan alternative dan terus tetap bertahan dengan itu..tanyalah dirimu sendiri kawan….’hegemoni chi dari kolektif parti dunia ketiga’

 -artikel ini telah dikeluarkan oleh zine belek.anda boleh dapatkan melalui cukong press...

Tiada ulasan: