Rabu, 16 September 2015

MENGAPA HANYA FATWA DARI ISLAM KELUAR..MENGAPA PADERI KRISTIAN MAHUPUN SAMI BUDDHA TIDAK MENGHARAMKAN VAPE?..


“Mufti majlis wilayah persekutuan mengatakan rokok elektronik atau lebih dikenalii sebagai vape telah diharamkan di Negara Malaysia dan sebentar tadi aku telah membaca satu artikel di Malaysia insider daripada salah seorang menteri di Malaysia mengatakan jangan budayakan sebagai fesyen penggunaan vape diakalangan masyarakat terutamanya bagi anak muda malaysia’….selepas aku dapat maklumat tentang fatwa pengharaman vape ini daripada mufti Negara dan membaca artikel di Malaysia insider tentang kenyataan seorang menteri berkaitan vape aku berfikir sejenak disamping kopi kegemaran ditepiku dan didepan laptop usangku apakah sebenarnya sedang berlaku di tempat tanah lahirku ini…aku bengong seketika termenung memandang sekeliling berfikir adakah ini sebetulnya apa yang aku baca atau adakah aku dalam mimpi selepas tidur di waktu subuh hari,namun ternyata tidak…sememangnya ianya realiti tentang apa yang aku baca seketika tadi dan apa maklumat yang aku perolehi tentang pengharaman rokok elektronik ini atau nama popularnya vape dikalangan remaja-remaja atau anak muda.Aku ulang sekali ia ianya realiti yang berlaku di Negara yang namanya Malaysia ini.
Aku sebenarnya tidak mengambil peduli atau port tentang kehadiran rokok elektronik ini atau vape nama modernya pada awal kemunculan ia di Malaysia atau selepas menjadi trend hipster anak muda di Malaysia kerana aku sememangnya tidak pernah peduli atau ambik cakna tentang segala trend atau benda terkini yang digilai masyarakat di Malaysia kerana sememangnya tidak pernah masuk dikepala aku atau sehaluan dengan jalur pemikiran dan fikrah aku tentang apa yang yang menjadi fesyen terkini disini ,mungkin aku lahir di tahun 90 yang menyebabkan unsure dan nilai anti establishment melekat pada diriku ini atau mungkin ada sihir daripada pengasasnya sex pistols atau rancid mahupun marjinal yang kekal terlekat dan terpahat dalam jiwaku ini.Iya walaupun abang ipar aku sendiri mengguanakan atau menghisap vape ia sedikit pun tidak menggugat akidah aku untuk terus kekal bersama rokok tradisioanl atau lebih tepatnya rokok yang mempunyai tembakau dank rokok yang kau harus mencucuhnya dahulu sebelum dapat hisap mengeluarkan kepulan-kepulan asap berbanding perlu menyambung pada bekalan elektronik untuk dapat mengecapi kenikmatan asapnya iaitu rokok vape.Aku tahu mungkin ada segelintir padamu sekalian yang membaca tulisan ini mungkin akan menganggap aku sekarang sedang mengacam atau menghina pada perokok-perokok elektronik ini namun tunggu sebentar kalian..iya tunggu sebentar sebelum membuat sebarang kesimpulan aku disini bukan mahu menghentam penggunaan vape ini tapi perkara yang menggerakkan aku untuk menulis artikel ini adalah kerana seperti perkara yang aku jelaskan diatas kerana aku dapat maklumat tentang pengharaman vape dan juga tentang kenyataan dari seorang menteri di Negara ini.
Aku disini secara jujur dan ikhlas dari sanubari hati aku bahawa aku tidaklah mengecam atau mengutuk kepada sesiapa menghisap vape ini kerana bagi aaku itu adalah hak kemanusian masing-masing iya aku percaya pada hak-hak manusia selagi tidak melanggar aturan hokum yang lainnya.Tetapi aku juga disini menyatakan bahawa aku tidak menyokong bahkan akan mengutuk kepada mana-mana penghisap vape yang mana difikiran diorang bahawa dunia ini adalah milik mereka sahaja pabila melanggar hak orang lain dengan menghembus asap sesuka hati mereka di kawasan-kawasan awam yang turut ada golongan-golongan warga emas,budak kecil malahan bayi disekeliling yang mana amatlah menggangu mereka yang mahu hidup secara aman tetapi terpaksa menelan asap-asap yang dihembus mereka yang otak terletak di baku lali tanpa rela.Aku mengaku memang aku menentang keras akan perbuatan ini kerana ia nyata melanggari hak orang lain tetapi ini tidaklah bermakna aku anti dengan penghisap vaper .
Ok berbalik pada isu asal yang mahu aku ulas disini adalah tentang pengharaman vape atau rokok elektronik di Malaysia ini yang telah difatwa oleh seorang mufti di Negara ini.Sampai ke tahap ini aku masih tertanya apakah vaper-vaper seluruh Malaysia peduli akan status pengharaman ini kerana sejak dari hari ia diharamkan sehingga kini aku masih lihat mereka berlegar-legar dengan vape ini sama ada di kedai mamak mahupun di café-café francais local mahupun international.Ini sememangnya mengundang seribu satu persoalan didalam benak fikiran aku apakah orang Malaysia atau orang islam melayu khsusunya peduli akan halal haram dan adakah mereka tidak takut lagi bakal diseksa didalam kubur kelak dan juga neraka kerana telah melanggar aturan halal haram yang ditetapkan ini.Jawapannya ada pada penghisap vaper diluar sana jangan bertanya pada aku kerana aku hanya mempersoalkan sahaja tentang pengharaman ini terhadap pada vaper diluar sana yang majority adalah penganut agama islam kerana didalam kad pengenalan tertera status beragama islam..ka kah kah…
Apa yang aku ingin bicarakan disini bersama kalian semua semua adalah tentang peranan mufti-mufti dan menteri-menteri di Negara ini yang mana aku bingung dan keliru akan apa sebenarnya peranan mereka-mereka ini dalam lembaga daulah ini.Mungkin sebahagian manusia akan mengkritik akan kenyataan aku ini dan aku akan menerimanya dengan hati terbuka tetapi aku harus atau semangnya wajib mempertikai akan peranan mereka-mereka ini di dalam sebuah masyarakat.Apakah mereka-mereka ini yang bergelar mufti atau menteri yang bicara tentang penggunaan vape ini mmpunayi masa yang begitu lapang atau tiada permasalahan sosial,ekonomi mahupun politik didalam Negara ini yang harus dibincang dan didiskusi sehingga isu penggunaan vape diketengahkan dan diusulkan..Ia aku mengakui dengan akal fikiran yang dianugerahi yang maha esa aku masih bingung memikirkan ini kerana saban hari aku mendegar rintihan daripada kaum marhaen atau rakyat bawahan tentang pelbagai masalah yang menimpa mereka daripada kos hidup yang semakin meningkat sehinggalah kepada jenayah kolar putih yang hampir mustahil difahami oleh golongan marhaen dan rakyat bawahan ini.Apakah para mufti-mufti ini tidak mengetahui akan hakikat dan realiti yang menyelubungi rakyat saban hari sehingga perlu bicara malah sehingga mengeluarkan fatwa berkaitan penggunaan vape ini.
Sekali lagi aku dengan ikhlas hati bertanya pada mufti-mufti sekalian dan menteri-menteri di kabinet sekalian adakah isu vape lebih besar yang harus dibicarakan berbanding isu rm2.6billion imdb atau adakah mereka pekak,bisu atau buta untuk melihat realiti yang berlaku didepan mereka sendiri kerana atau tidak pernah lagi mendengar atau membaca sebarang fatwa yang dikeluarkan oleh mereka-mereka ini tentang apakah hukum halal atau haram merompak duit rakyat atau mengamalkan rasuah di peringkat akar umbi di jkkk kampung sehingga ke menteri-menteri dan tauke-tauke,cukong-cukong syarikat mega yang terus berlaku di Negara ini.AKU BERTANYA SEKALI LAGI DISINI MENGAPA TIADA???..adakah merompak  harta rakyat atau mengamalkan korupsi halal disisi agama dan menggunakan vape haram disisi agama???...kalau benar ia begitu mungkin syurga saja syurga firdausi yang diidamkan semua penganut islam bakal dipenuhi oleh golongan-golongan penindas,koruptor,perasuah,pemimpin zalim,tauke-tauke  cukong cukong mega korporat yang sememangnya tiada  rasa kemanusiaan dan belas kasihan menjarah bumi ini…kalau benarlah ia begitu mungkin sahaja kita kita semua yang menentang meraka-meraka ini bakal dihumbankan di dalam api neraka jahanam kelak kan…atau adakah aku masih bingung dan keliru akan kenyataan dan realiti yang berlaku disekelilingku ini dimana segala hal berkaitan marhaen diharamkan dan penindasan dihalalkan atas nama agama..iya kawan atas NAMA AGAMA tau ISLAM khususnya kerana aku tidak pernah lagi mendengar mana-mana paderi kristian yang mengharamkan vape..atau sami-sami budha mengharamkan vape..Kalau ada maafkan akan kenyataan aku ini iya….
Doktrinisasi melalui agama ini sebenarnya telah berlaku sejak berabad lagi yang mana segelintir manusia tetap akan memaksa manusia yang lainnya berpegang pada kepercayaan dan kebenaran yang mereka anuti sehingga berlaku segala macam pertumpahan darah sebelumnya.Cuba sejenak berkifir kawan apakah kebenaran yang mutlak itu dipegang oleh segelintir manusia sahaja yang kerja mereka mengawal  manusia yang lainnya dengan status halal,haram yang aku muskil adakah manusia yang peduli akan ini dan kenapa kalau ada sekalipun masih ramai yang terus kekal menggunakan vape selepas ianya diisytiharkan haram..oh ya suka untuk aku ingatkan juga kembali pada anda tentang pengharaman shisha tapi kenapa masih ramai juga yang menggunakan ia dan menjualnya di seluruh Malaysia dan juga di Kelantan sendiri..ia di negeri yang digelar serambi mekah suatu ketika dahulu.
Mengapa isu penggunaan vape yang mana bagi aku juga adalah satu tamparan hebat bagi syarikat-syarikat rokok gergasi kapitalis dunia yang sudah lama menguasai manusia yang mana dengan kehadiran rokok vape ini bakal mengurangkan pembelian tembakau-tembakau dari meraka dijadikan haram oleh mufti-mufti yang mana mengikut logik akal aku adalah sememangya ia langkah berguna untuk mengawal nafsu manusia untuk terus berhenti menghisap rokok-rokok tembakau.Sekali  lagi aku bertanya adakah penggunaan vape ini bakal menggugat ekonomi Negara dengan pengurangan kdnk Negara ,atau adakah penggunaan vape ini adalah suatu virus sosial yang mampu merosakkan minda dan fikrah masyarakat ataupun adakah penggunaan vape ini mampu menggugat kestabilan politik Negara dengan menggulingkan kerajaan yang sedia ada?...kalau begitulah hakikat dan realitinya mungkin di Amerika sana dan di England sana mahupun ni Negara arab sana sudah lama mengharamkan penggunaan vape ini bukan…
Persoalan yang timbul lagi dibenak fikiran aku kini apakah fatwa-fatwa dikeluarkan oleh mufti-mufti ini sekadar kulit yang melindungi isi dalamannya seperti  kacang atau seperti  tulang ikan yang akan dibuang selpas habis dilahap isisnya yang mana hanyalah berfungi sebagai pelengkap dogma dan doktrin keatas masyarakat yang kini sudah tidak lagi peduli dan cakna akan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan.Jadi apakah lagi fungsi mereka-mereka ini yang bergelar cendekiawan yang harusnya menjadi pendorong atau tauladan keatas masyarakat itu sendiri.Dimana lagi masyarakat kebanyakan harus merujuk jika mereka-mereka ini hanyalah sekadar boneka atau patung ciplakan kepada penguasa yang mengeluarkan kenyataan atau fatwa  yang selari dengan kehendak mereka demi kepentingan tanpa ada lagi kejujuran hokum untuk manfaat  manusia dan masyarakat sejagat.

Sekarang di saat ini,di waktu ini,di hari ini semakin aku mengerti tentang istilah dan pemahaman untuk diri aku sendiri bahawa perniagaan yang paling laku atau margin keuntungan paling banyak  adalah bukan bermain di bursa saham kuala lumpur,ataupun menyimpan pelbagai jenis emas,perak atau tembaga,mahupun mengait keuntungan atas angin melalui syarikat projek tenaga ipp,bahkan menjadi ceo-ceo  syarikat mega korporat tetapi cukuplah dengan menjual ayat-ayat kitab suci agama demi menghalalkan segala tindak tanduk demi meraih keuntungan dalam segala bidang perniagaan juga meraih kepentingan dalam masyarakat kebanyakan khususnya.

Tiada ulasan: